Detox Orang Dulu-Dulu
Lumrah seorang wanita, pasti terpengaruh dengan kecantikkan.
Sekali sekala jom ikut Mak Rose amalkan petua orang dulu-dulu yg sering minuman jus herba buatan sendiri untuk mengekalkan kecantikkan dalaman serta luaran.\
5 jenis jus minuman yg mampu memantapkan dalaman wanita.
Jus Kunyit - Kecutkan rahim
Bahan:
- 2 ketul kunyit
- 1/2 ketul halia
- 2 batang serai
- Garam
- 1 liter air putih
Cara:
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
- Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
Khasiat : Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan,membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.
Jus Halia - Pembuangan Angin
Bahan:
- 2 ketul halia (dihiris)
- 2 uncang teh asli
- Gula perang secukup rasa
- Air putih
Cara:
- Rendah uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
- Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
- Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.
Jus Kurma - Memberi Tenaga
Bahan:
- 5 biji kurma pilihan
- Segelas susu segar
- 1 sudu besar madu
Cara:
- Kisar semua bahan ini sehingga hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
- Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan ketika perut kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.
Jus Delima - Kurangkan Kolestrol
Bahan:
- 1/2 sudu teh jus delima
- 1 sudu besar madu
- 1 gelas air suam
Cara:
- Kacau semua bahan di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kulit supaya lebih berseri dan cerah.
Jus Herba Campuran - Pulihkan Bahagian Intim
Bahan:
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 7 biji lada hitam (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
- 1 sudu besar madu
- 1 biji telur ayam kampung
Cara:
- Pecahkan telur dalam cawan
- Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
- Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga sebati
- Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.
No comments:
Post a Comment